picture

picture

Wednesday, 25 September 2013

UAIHAB TRAINING & CONSULTANCY. .

Assalamualaikum. .


Huhh bangun pagi2 tetibe terasa macam nak update blogg . . So bile dah terpikir nak update blogg, terus jew laju2 gi senaman sikit n terus mandy. . Bukan nye ape, takot nanty bile di lengahkan , lupe plakk nak buat ape. . hehehe :D

Okay, rasa nye dah hampir 4 minggu x update blogg nie. . Kali nie saya x nak membebel panjang tp just nak bagi kowg semua tengokk gambar jew. . Gambar2 nie semua nye selama 4 minggu program yang saya join. . 
Owhhh yaaa, sebelum terlupe. . Program yang saya join nie under UAIHAB TRAINING & CONSULTANCY. . Consultant nie, dapat tender dari LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. . Kami di beri Amanah untuk handle Pelajar yang mengambil UPSR dan juga Pelajar yang mengambil SPM. . Means, darjah 6 n tingkatan 5. . Hehehe. . (Adikk2 weyy) :P

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi kepada anak-anak Asnaf disamping mengajar mereka teknik pembelajaran yang berkesan untuk persediaan mereka menghadapi peperiksaan. .

Program yang di anjurkan oleh UAIHAB T&C ialah Kursus Cemerlang Peperiksaan(KCP). . Di kusus ini, 
Pihak UAIHAB T&C telah menjemput beberapa orang guru yang berpengalaman dalam subjek2 tertentu untuk mengajar pelajar2 tersebut. . Antaranya, subjek Bahasa Melayu, Bahasa English, Science dan juga Mathematic. . Selain itu mereka juga di ajar teknik-teknik menjawab peperiksaan. .

Bagi saya UAIHAB T&C unikkk. . Why. ? Sebab mereka membawa kita mengingati ALLAH dan juga NABI MUHAMMAD S.A.W. . Sepanjang program berlangsung, Selawat Tobibiah akan menjadi makanan Rohani kami. . Selain itu, kami akan bersama-sama berQasidah memuji Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. . 

Okay, sekarang masa untukk tengokk picture pulakkk. . Jom scroll dekat bawahh k. . 

                                                                          






















                                                   

# Hidup adalah perjuangan, Usah menjadi pengemis cinta yang tiada sempadan, Berjuanglah demi mutiara Keimanan. .
# Hidup ini bukan mudah, semuanya perlukan pengorbanan, Selamat Berjuang, Memenangi pertempuranmu, jadilah mujadah sejati, Biarkan namamu menjadi sebutan di langit sana. .
# Dalam persahabatan x perlu kata2 penghargaan ataupun kata maaf. . Persahabatan itu lebih berupa penghargaan yang paling berharga dan persefahaman dalam persahabatan tidak memerlukan kata maaf. .
# Kau adalah parajurit yang sedang berjuang di medan pertempuran, Askarnya bukanlah pahlawan tetapi adalah cendekiawan (orang bijak pandai). . Selamat Menempuh Peperiksaan. . :)

Wednesday, 18 September 2013

DIAM Memberi banyak maksud. .

Assalamualaikum. .

Hi Sahabat2 semua. . Sehat x. ? Harap sehatlah hendakknya yaa. . Kali nie, just nak create sesuatu yang simple but ade maksud yang tersendiri. . Harap kowg semua sudi2 lerrr bace sampai habes k. .
Peringatan. . ! Jangan Bace Separuh sahajaaa. . ! Faham. !

Hahahahaha. . dah macam kene ugut plakk an. . Sorry2. . Sesaje jew nak berguraw senda dengan kowg semua. . :P *Kowg mesty rase nak bagi penyepakk at pipi nie an. . ? huhu :D

Okay, jom scroll kew bawah. .

Up say :
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan. .
Tapi. . . .
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya. .
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya. .
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya. .
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya. .
Kerana, ,
DIAM kita mungkin disalah tafsir. .
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka. .
DIAM kita mungkin disilap terjemah. .
DIAM kita mungkin tidak membawa apa - apa maksud. .
Maka. .
Jika kita merasakan DIAM itu terbaek. .
Seharusnya kita DIAM. .
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak. .
Berkatalah sehingga mereka DIAM. .



# Ade twitter, jom follow Di Sini . .

Saturday, 31 August 2013

Kau yang Ku panggil SAHABAT. .


3 TAHUN sudah berlalu
Terasa seperti baru sahaja bersua
Bergelak tawa dan berkongsi tangis
Itu semua kenangan terindahku
Akanku sematkan dalam kotak ingatanku
Kau yang kupanggil sahabat
Berada disisiku ketika aku kesepian
Berada disampingku ketika aku kesedihan
Berada bersamaku ketika aku kekosongan
Sahabat
Kaulah rakan dunia akhiratku
Setiap baktimu tidak dapatku balas
Kau berada disetiap resam hidupku
Kita bersama-sama mengenal cinta
Kita bersama-sama mengenal duka
Kita bersama-sama mengenal suka
Kau dan aku sama sahaja
Umpama kembar yang tidak boleh dipisahkan
Walaupun kita berbeda
Namun
Perbedaan itulah yang menyatukan kita
Kau mengenali aku lebih dari aku mengenali diriku
Kaulah penyinar hidupku
Izinkan aku memohon maaf diatas kekesalanku
Andai aku pergi jauh kenang daku dalam rindumu. .

#Aku mahu pertemuan demi pertemuan lagi. .
  Berharap bukan ini pertemuan terakhir. .
  Aku tidak mahu terus terusan menanggung rindu ini. .
  Aku rindu pada kalian semua. .


Wednesday, 31 July 2013

IFTAR DI MASJID AL - AZHAR, KUIS

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah, masih sempat meng 'update' blog walaupun sekarang nie sedikit bz. . Puasa tahun nie, terasa seperti sekejap sangat. . Betul kew. ? ? Bagi saya lah, tak tahu la kalau kowg semua an. . hehehe

Sepanjang berpuasa tahun nie, hari nie hari pertama saya Iftar di Masjid Al - Azhar, Kuis. . kalau sebelum2 nie, saya banyak berbuka di rumah dan juga di bilik sahaja dengan kawan2 yang laen. . 

Tak tahu lah kenapa, saya liyat sikit nak berbuka di masjid. . Nak kate lauk x sedap, sedap jew saya tengokkk. . Nak kate tak suka makan di dalam talam dan berkongsi dengan orang laen, tak jugaq. . saya suka jew. . Entah, mungkin adalah alasan sendiri yang tak dapat di huraikan. . hehehe. . (Ayat macam nak mengelak jew an. . )

Bagi saya Iftar di Masjid Al-Azhar Kuis adalah unik. . Nak tahu kenapa. ? Mehh saya kongsikan. . 

Di awal berbuka, kami hanya di jamukan dengan beberapa kueh mueh, kurma dan juga air. . Owh terlupa nak bagitahu, untuk iftar, kami di kumpulkan dalam satu kumpulan yang kecil. . Setiap kumpulan tue terdapat 6 atau 5 owg. . Selesai berbuka yang sekadar untuk meng'alas perut kami akan solat Magrib berjemaah. . Imam nya pastilah ustaz, atau pelajar kuis juga. . hehehe. . ( Wow, ada yang berminat untuk jadikan calon suami. ? ) hehehe

After solat Magrib, kami Kn bergerak semula kew tempat makan tadi untuk makan makanan berat pula seperti nasi dan lauk. . Hari ini sememangnya rezki saya coz dapat makan lauk kesukaan. . hahaha. . Menu nya nasi dan lauk ikan keli masak sambal. . Huh kecur liur weyyy. . Jeles tak. ? Ofcoz la jeles an. . Tak nak mengaku plak dye nie. . =p

Nasi dan lauk tersebut di hidang di dalam talam dan akan di makan bersama- sama seramai 6 atau 5 owg. . Tetapi di sebabkan tak ramai sangat berbuka di masjid, saya dapat ber'iftar bersama dangan 4 owg sahaja (Bukan tamak ea ) hehe. . Almaklum lah, dah dekat2 akhir puasa nie, mesty lah dah ramai yang balik ke rumah masing2 an. . 

Walau pun tak ramai tetapi masih tersa kemeriahan iftar tersebut. . Makan dalam talam nie sebenarnya bagus coz dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar senior dan juga pelajar junior. . Macam group saya tadi. . 2 owg pelajar junior, okay. . Dowg masih lagi berada di semester 1. . Dekat situ jew, kita dah dapat tambah kawan. . Walaupun dye pelajar junior. . Dalam istillah kawan, tak kira pangkat, umur, warne kulit dan kaya atau miskin. . Perkenalan yang singkat tadi, berbunga dengan kemesraan . . Begitu indah apabila persahabatan yang tidak mengira perbezaan dari segala segi. . 

Okaylah, rasa nya macam dah panjang sangat jew. . Cau lah, nak study untuk mid term hari jumaat nie. . Doa kan saya k. . Tq. . =D


Nasi + Ikan Keli Masak Sambal

Suasana Iftar Di Masjid Al-Azhar Kuis

Hah inilah mereka yang makan se'talam' dengan saya

Jemput Makan Semua