picture

picture

Wednesday, 25 September 2013

UAIHAB TRAINING & CONSULTANCY. .

Assalamualaikum. .


Huhh bangun pagi2 tetibe terasa macam nak update blogg . . So bile dah terpikir nak update blogg, terus jew laju2 gi senaman sikit n terus mandy. . Bukan nye ape, takot nanty bile di lengahkan , lupe plakk nak buat ape. . hehehe :D

Okay, rasa nye dah hampir 4 minggu x update blogg nie. . Kali nie saya x nak membebel panjang tp just nak bagi kowg semua tengokk gambar jew. . Gambar2 nie semua nye selama 4 minggu program yang saya join. . 
Owhhh yaaa, sebelum terlupe. . Program yang saya join nie under UAIHAB TRAINING & CONSULTANCY. . Consultant nie, dapat tender dari LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. . Kami di beri Amanah untuk handle Pelajar yang mengambil UPSR dan juga Pelajar yang mengambil SPM. . Means, darjah 6 n tingkatan 5. . Hehehe. . (Adikk2 weyy) :P

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi kepada anak-anak Asnaf disamping mengajar mereka teknik pembelajaran yang berkesan untuk persediaan mereka menghadapi peperiksaan. .

Program yang di anjurkan oleh UAIHAB T&C ialah Kursus Cemerlang Peperiksaan(KCP). . Di kusus ini, 
Pihak UAIHAB T&C telah menjemput beberapa orang guru yang berpengalaman dalam subjek2 tertentu untuk mengajar pelajar2 tersebut. . Antaranya, subjek Bahasa Melayu, Bahasa English, Science dan juga Mathematic. . Selain itu mereka juga di ajar teknik-teknik menjawab peperiksaan. .

Bagi saya UAIHAB T&C unikkk. . Why. ? Sebab mereka membawa kita mengingati ALLAH dan juga NABI MUHAMMAD S.A.W. . Sepanjang program berlangsung, Selawat Tobibiah akan menjadi makanan Rohani kami. . Selain itu, kami akan bersama-sama berQasidah memuji Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. . 

Okay, sekarang masa untukk tengokk picture pulakkk. . Jom scroll dekat bawahh k. . 

                                                                          






















                                                   

# Hidup adalah perjuangan, Usah menjadi pengemis cinta yang tiada sempadan, Berjuanglah demi mutiara Keimanan. .
# Hidup ini bukan mudah, semuanya perlukan pengorbanan, Selamat Berjuang, Memenangi pertempuranmu, jadilah mujadah sejati, Biarkan namamu menjadi sebutan di langit sana. .
# Dalam persahabatan x perlu kata2 penghargaan ataupun kata maaf. . Persahabatan itu lebih berupa penghargaan yang paling berharga dan persefahaman dalam persahabatan tidak memerlukan kata maaf. .
# Kau adalah parajurit yang sedang berjuang di medan pertempuran, Askarnya bukanlah pahlawan tetapi adalah cendekiawan (orang bijak pandai). . Selamat Menempuh Peperiksaan. . :)

Wednesday, 18 September 2013

DIAM Memberi banyak maksud. .

Assalamualaikum. .

Hi Sahabat2 semua. . Sehat x. ? Harap sehatlah hendakknya yaa. . Kali nie, just nak create sesuatu yang simple but ade maksud yang tersendiri. . Harap kowg semua sudi2 lerrr bace sampai habes k. .
Peringatan. . ! Jangan Bace Separuh sahajaaa. . ! Faham. !

Hahahahaha. . dah macam kene ugut plakk an. . Sorry2. . Sesaje jew nak berguraw senda dengan kowg semua. . :P *Kowg mesty rase nak bagi penyepakk at pipi nie an. . ? huhu :D

Okay, jom scroll kew bawah. .

Up say :
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes. .
Kadang - kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan. .
Tapi. . . .
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya. .
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya. .
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya. .
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya. .
Kerana, ,
DIAM kita mungkin disalah tafsir. .
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka. .
DIAM kita mungkin disilap terjemah. .
DIAM kita mungkin tidak membawa apa - apa maksud. .
Maka. .
Jika kita merasakan DIAM itu terbaek. .
Seharusnya kita DIAM. .
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak. .
Berkatalah sehingga mereka DIAM. .



# Ade twitter, jom follow Di Sini . .

Saturday, 31 August 2013

Kau yang Ku panggil SAHABAT. .


3 TAHUN sudah berlalu
Terasa seperti baru sahaja bersua
Bergelak tawa dan berkongsi tangis
Itu semua kenangan terindahku
Akanku sematkan dalam kotak ingatanku
Kau yang kupanggil sahabat
Berada disisiku ketika aku kesepian
Berada disampingku ketika aku kesedihan
Berada bersamaku ketika aku kekosongan
Sahabat
Kaulah rakan dunia akhiratku
Setiap baktimu tidak dapatku balas
Kau berada disetiap resam hidupku
Kita bersama-sama mengenal cinta
Kita bersama-sama mengenal duka
Kita bersama-sama mengenal suka
Kau dan aku sama sahaja
Umpama kembar yang tidak boleh dipisahkan
Walaupun kita berbeda
Namun
Perbedaan itulah yang menyatukan kita
Kau mengenali aku lebih dari aku mengenali diriku
Kaulah penyinar hidupku
Izinkan aku memohon maaf diatas kekesalanku
Andai aku pergi jauh kenang daku dalam rindumu. .

#Aku mahu pertemuan demi pertemuan lagi. .
  Berharap bukan ini pertemuan terakhir. .
  Aku tidak mahu terus terusan menanggung rindu ini. .
  Aku rindu pada kalian semua. .


Wednesday, 31 July 2013

IFTAR DI MASJID AL - AZHAR, KUIS

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah, masih sempat meng 'update' blog walaupun sekarang nie sedikit bz. . Puasa tahun nie, terasa seperti sekejap sangat. . Betul kew. ? ? Bagi saya lah, tak tahu la kalau kowg semua an. . hehehe

Sepanjang berpuasa tahun nie, hari nie hari pertama saya Iftar di Masjid Al - Azhar, Kuis. . kalau sebelum2 nie, saya banyak berbuka di rumah dan juga di bilik sahaja dengan kawan2 yang laen. . 

Tak tahu lah kenapa, saya liyat sikit nak berbuka di masjid. . Nak kate lauk x sedap, sedap jew saya tengokkk. . Nak kate tak suka makan di dalam talam dan berkongsi dengan orang laen, tak jugaq. . saya suka jew. . Entah, mungkin adalah alasan sendiri yang tak dapat di huraikan. . hehehe. . (Ayat macam nak mengelak jew an. . )

Bagi saya Iftar di Masjid Al-Azhar Kuis adalah unik. . Nak tahu kenapa. ? Mehh saya kongsikan. . 

Di awal berbuka, kami hanya di jamukan dengan beberapa kueh mueh, kurma dan juga air. . Owh terlupa nak bagitahu, untuk iftar, kami di kumpulkan dalam satu kumpulan yang kecil. . Setiap kumpulan tue terdapat 6 atau 5 owg. . Selesai berbuka yang sekadar untuk meng'alas perut kami akan solat Magrib berjemaah. . Imam nya pastilah ustaz, atau pelajar kuis juga. . hehehe. . ( Wow, ada yang berminat untuk jadikan calon suami. ? ) hehehe

After solat Magrib, kami Kn bergerak semula kew tempat makan tadi untuk makan makanan berat pula seperti nasi dan lauk. . Hari ini sememangnya rezki saya coz dapat makan lauk kesukaan. . hahaha. . Menu nya nasi dan lauk ikan keli masak sambal. . Huh kecur liur weyyy. . Jeles tak. ? Ofcoz la jeles an. . Tak nak mengaku plak dye nie. . =p

Nasi dan lauk tersebut di hidang di dalam talam dan akan di makan bersama- sama seramai 6 atau 5 owg. . Tetapi di sebabkan tak ramai sangat berbuka di masjid, saya dapat ber'iftar bersama dangan 4 owg sahaja (Bukan tamak ea ) hehe. . Almaklum lah, dah dekat2 akhir puasa nie, mesty lah dah ramai yang balik ke rumah masing2 an. . 

Walau pun tak ramai tetapi masih tersa kemeriahan iftar tersebut. . Makan dalam talam nie sebenarnya bagus coz dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar senior dan juga pelajar junior. . Macam group saya tadi. . 2 owg pelajar junior, okay. . Dowg masih lagi berada di semester 1. . Dekat situ jew, kita dah dapat tambah kawan. . Walaupun dye pelajar junior. . Dalam istillah kawan, tak kira pangkat, umur, warne kulit dan kaya atau miskin. . Perkenalan yang singkat tadi, berbunga dengan kemesraan . . Begitu indah apabila persahabatan yang tidak mengira perbezaan dari segala segi. . 

Okaylah, rasa nya macam dah panjang sangat jew. . Cau lah, nak study untuk mid term hari jumaat nie. . Doa kan saya k. . Tq. . =D


Nasi + Ikan Keli Masak Sambal

Suasana Iftar Di Masjid Al-Azhar Kuis

Hah inilah mereka yang makan se'talam' dengan saya

Jemput Makan Semua



Tuesday, 30 July 2013

BERBUKA DENGAN SULTAN. . !

Mak ai, Berhabuk gile ruang tamu nie. . ! Isshhhh2 ini x boley jadi nie. . !
Cepat bersih kan. . ! (Arahan untuk diri sendiri) hahahaha. .

Eh2 membebel, sampai x sempat nak bagi salam. . maen terjah jew. . ! Beradap la sikit. . ! Marah at diri sendiri ~~ )= sedey jew. .

Assalamualaikum sahabat2 semua. .
Sehat x. ? Harap sentiasa sehat lah ea. . lagi2 di bulan Ramadhan yang mulia nie. . 

Sekarang nie kita dah masuk 21 Ramadhan ( eh2 dah sama umor dengan saya ) . . tak sangka langsung, bulan ramadhan dah semakin hampir ke penghujungnya. . Tinggal berapa hari saja lagi nak habes berpuasa, Sedey rasa di hati. . Dalam masa yang semakin singkat nie, aku harap sangat2 apa yang aku niatkan di bulan ramadhan nie tercapai. . Harap2 dapat lah berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. .  

Hari Selasa, 30 July 2013, 21 Ramadhan, saya akan berbuka puasa dengan Sultan Selangor. . Wow siyes kew. ? Ofcoz lah. . Ingat saya nie, x boley nak berbuka dengan sultan kew. ? Uppsss sorry "Terbelagak plak" . . hehehe. . 

Ishh malam nie nak pakai baju apae ? Warne apa. ? Kasut nak bape Inc .? Adoi, kalut la kalau macam nie. . Baju cantek2 semua nye tuk raya. . Macam mana nie. . ! Thinking . . Gelabah nye, tinggal lagi berapa jam jew nie. . Blank. . !

  • Soalan : 

"Eh2 bukan jemputan untuk semua Student KUIS kew. ?" (Ishh kantoi dah, siapakah yang berani bertanya nie !) 

Krikk . . Krikk . . Krikk . . ( macam x nak jawab jew soalan 2. . )

Hehehehehehe ( cover kejap ) . . Ya lah, terlupa plak jemputan tukk semua student (betul kew terlupa ?) . . Mak ai malu nye, macam mana boley terperasan nie. ? hahahaha. . (Padan muko ekau !) 

Dah nak dekat pukul 6.30 nie. . Ok lah, saya nak cau dulu. . Almaklum lah ade temu janji buke puasa dengan Sultan Selangor. . So kene la bersiap2 kan. . Temu janji sangat ! Berangan pun boley. . .

Okaylah, Selamat Berbuka Puasa bagi umat islam semua. . Semoga keberkatan Ramadhan dapat kita rasai bersama. . InsyaAllah. . Lagi2 10 malam terakhir nie. . Siapalah yang bertuah mendapat MALAM LAILATUL QADAR . . Harap sangat saya orang yang bertuah tue. . =D




Jemput geledah Blog saya lagi satu. . http://empatsahabat92.blogspot.com/ 
Harap bermanfaat. . 


Wednesday, 13 March 2013

Aku Tak Layakkkkk. . ! !

Assalamualaikum. .



Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsurkan Islamik tapi aku harapkan dengannya Allah akan memimpinku menjadi lebih baik. . 
Aku bukan seorang yang tahan di uji bila selalu berbicara soal sabar tapi aku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dab tabah. .
Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian tapi aku berharap dengannya supaya aku lebih bersedia menghadapi kematian. . 



Mereka anggap aku ini SOLEHAH hanya kerana berulang kali post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya. . 
TAPI. . .  Jauh di sudut hatiku, Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI. . 
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri, TAK MUDAH. . 
ALLAH saja yang TAHU apa yang terbuku di hati ini. . Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN. . Kadangkala aku TERGELINCIR kerana jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan. . MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF. . Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju. . SEBAK HATI tatkala aku terbayang, Bilakah WAKTU TERAKHIRKU. ? Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU. ? Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku. ? Dengan CARA APAKAH aku mengakhirkan cerita hidupku. ? ?

Aku tidak sekuat MARYAM yang ditoreh hatinya melihat anak tercinta diseksa dihadapan mata. . Tapi aku tak mahu jadi selemah lemah ibunya Nabi Yusuf a.s yang kufur pada nafsu syaitan bertakhta di hati. . 
Dugaan mereka dugaan semulia umat yang akan diangkat menjadi khalifah agung dimuka bumi. . Sedangkan aku. ? Bumimu yang sementara ini, aku mahu panjatkan doa agar tidak terkandas perjalananku di akhirat sana. .

Ya Allah. . Peliharalah hati kami ini, agar tidak dilimpahi dengan maksiat. .
Peliharalah hati kami dari segala dosa dunia. . Limpahilah hati kami dengan IMAN. .
Peliharalah kami dari kesesatan dunia yang dipenuhi segala mara bahaya. . 
Amin, amin, amin ya robbal'alaamiinn. . 

Ya Allah, terasa langkah ku semakin berat. . Ya Allah, permudahkanlah setoiap langkah yang ku atur, Ya Allah. .

Aku hanya hamba-Nya yang hanya menyampaikan walaupun sepotong ayat. . 
Aku hanya ingin kita bersama2 menjauhi lorong menuju ke neraka. . 
Aku hanya ingin kita bersama2 menuju ke jalan SYURGA nanti. .
InsyaAllah. . 





#MuhasabahDiri#

Saturday, 9 March 2013

MeReNtAs KeBoSaNaN. .

ASSALAMUALAIKUM. . 

Sabtu, 09/03/13. .

Perrhhh apa aq nak buat nie. ? Tepu otak nak pikir wat ape. . seriously aq kate BOSAN. . ! 
Isshhhh mane la x bosan. . kengkawan semua nye balik rumah. . Pagi2 tadi ade la kawan nak ajaq beborak, besembang, becakap, mengusik, dan banyak lagi laaa. .  kalau aq senaraikan nanti panjang plak dahh entry kali nie. . hehehe. . . Start pukul 4, kawan2 yang teman aq besembang (semua2 tue la) dah keluar da. . diorang g maen bowling dengan Mentor (Lecture yang di tugaskan mengambil berat pada student) diorang. . 

So, nak x nak terpakse la aku merentas kebosanan nie sorang2. . Huhhh terasa keseorang sangat2 la kali nie. . bosan weyy aq cakap. .Di sebabkan diorang nie g keluar ngn mentor diorang, aq pun balik la bilik aq balik dengan wajah yang menampakkan sangat aq nie kebosanan. .

Tengah duduk2 dalam bilik sorang2, aq terpandang kipas. . Terus dalam otaq nie terpikir sesuatu yang boleh membantu aku untuk hilangkan rasa kebosanan yang melampau nie. . Aq pun dengan semangat juangnya terus ambek penyapu. . aku tutup kipas, alihkan kerusi kengkawan aq dan seterus nye aq mule kan kerja mengemas bilik. . Aq susun kerusi bertingkat2 tuk buang habuk at kipas bilik aq nie. . Bukannya ape, bile kipas dah banyak habuk, jadi lembab la kipas 2. . Lepas 2 aq sapu bilik. . angkat tikar2 at dalam bilik nie. . Aii nak hilangkan kebosanan punye pasalkan. . 

Settle semuanya, aq terus g mandiii. . bersihkan badan la dari habuk2 tue. . Lepas tue plak, aq masuk bilik yang dah kemas, cantek, bersih, wangi (ehhh melampau, semua aq nak sebut) dengan rasa puas hati. . Ingatkan kebosanan aq tue dah hilang. . Rupe2 nye aq masihhhhh lagi merasakan kebosanan itu. .

Nie ngah dokk sorang2 la nie. . Tangan yang gatal nie pun ambek la lappy dan terus taip entry nie. . then tejadi la entry yang tah pape nie. . hehehehe. . Nak pergi pasar malam, xder member plak. . Adoiiii. . Sape la nak temankan aq g pasar malam nie. ? Perut dah keroncong nie. . Nakkk makan pe la malam nie kalau x g pasar malam. . Sakit tolll la kalau cm nie setiap hari. .
 
Okay lah, aq punnn terasa cm nak blahhh nie. . nak sambung kebosanan lagi. . Tengah berpikir2 sape la yang aq nak ajaq g teman aq nie. . k la. . Assalamualaikum. .  take care ya korang semua. .  :)

pictt xder. . xsempat nak ambekk pict. . :P

Tuesday, 26 February 2013

BaNjIr MeLaNdA. . (SaNgAt !)

Assalamualaikum . .

Wahhhhh, kowg semua penah tengok banjir x. ? Mesty la penah an. . Lagi2 bile kita tengok di TV, Surat Khabar an. . Rasa2 nye semua orang dah lali dengan perkataan Banjir kan. ? Okay, kali nie saya nak bagitahu kowang tempat belajar saya sekarang nie banjir. . Hahh at ane. ? At KUIS weyyy. . tp banjir dye x der la teruk sangat pun. . sesaje jew nak conteng bloggg arie nie . . tue sebab saya masukkan tajuk nie. . hahaha. .  Tapi ape yang penting just pachel (kediaman) lelaki jew yang banjir . . huhuhu (Jahat an). . 

Apa pun yang berlaku ini adalah kehendak Allah. . DIA yang maha mengetahui nye. . kan. ? Lagi pun setiap yang terjadi pasti ade hikmah nye an. . So, berdoa jew supaya keadaan kembali normal. . In Shaa Allah. . 

Sekarang at FB banyak sangattt student kuis post an pasai Banjir nie. . Mari kite tengok ape yang mereka tulis. . Jom terjah n survey mereka punye status nak. ? ? Skodeng di bawahhh nie noww!

  • Fenomena luar biasa, KUIS bnjir hujan trun xhenti >~<
  • Proses 'Pembinaan' Tasik Teh Ais ikat tepi di KUIS. =.="
  • Kuis bocor. #banjir
  • Jom swimming d tasik KUIS yg baru warna coklet...tea ice hahaha
  • Waaa..KUIS banjeeerr..xsgka..

    ::jom tangkap ikan..hehe~
  • KUIS banjir..es0k ishtihar cuti..ha3
  • Breaking news:#banjir#kuis#mahallahsiswa 
  • sekarang kuis da ade tasik tambahan "Tasik Kuis 2"









#Diharap kepada pelajar yang membawa kenderaan, bersabarlah ea. . In Shaa Allah eloq ag kenderaan kowg 2. . Doa banyak2 ea. . hehehe :D

Monday, 25 February 2013

Fuuhhhhhhh X Lega Sangat la. . !

Assalamualaiku. .

Fuuuhhh seriously saya cakap, saya lega sekarang nie. . *tarik nafs dalam2 dan lepas an. .  tp x sepenuh nya la. . Ingatkan semuanya dah settle tp ade jugaq yang yang menyebabkan hati nie berdetak dengan lebih kencang. . Ehh2 macam lagu plak an. . hahaha. .

Lega. ? Lega sebab apa. ? Lahhh saya x bagi tahu lagi rupe nye sebab apa ea. . sorry2 terlambat bagitahu plak . . ingatkan nak bagitahu akhir cerita nanty tp kelihatan nye seperti kejam( betul ke ayat aq nie). . hehehe . . ( Isshhhh apa lagi yang aq dok merepek meraban nie. ? )

Okay2, saya lega sebab semua MID TERM dah abes. . ! ! Tak sangke dah abes tp kelegaan yang saya rase 2 hanya sementara jew weyyy. . Sedey tol. . ! Ingat an dah x der dah bende2 yang membuatkan hati nie bedebar2 rupe nye.............. Kami ade lagi QUIZ, and PRESENTATION. . Adoii x settle lagi rupe nye. . sakit2. . Okay lah, boleh di terime la. . tp yang ag buatkan kami semua nie rase macam x cukup mase, x cukup otaq, x cukup buku bile dengar pasai FINAL EXAM. .

Peerrrrhhhh pening pale nie bile dengar bende  yang mendebarkan 2. . naseb x pengsan jew di buat nye taw. . ! Weyy mane x pening pale mak nie nyah. . Lagi 3 minggu jew yang menentukan naseb hamba ini. . yang lagi wat saya nak piham, bile sem nie banyak subject yang membace. . ( Audit, Computerised Accounting, Sistem Kewangan Islam ). .3 kire banyak la tue an. . lebih dari satu di kire banyak. . hehehe

Kowang, kowang, n kowang semua. . Tolong erk doa an saya untuk hadap semua2 nie ea. . huhuhu. . TQ sangat2 at kowg semua. . Saya pun doa an kowg semua nie bejaya dalam Dunia dan Akhirat. . Amin. . In Shaa Allah. . Kita sama2 berdoa untuk kejayaan kita semua ok. ?

Okay lah, saya x mou la conteng panjang2. . kowang bukan nya nak bace sangat pun an. . hahaha. . just joke ok. . huhu. . k cau cin cau. . Assalamualikum. .


Serius, berdebar hati nie bile tengok dewan exam nie. . hahhh takut nye. . :)

Gud luck at kowg jugaq ea. . pape pun Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan. . Walaupun, kowang penah gagal tp kegagalan itu mendekatkan kowg dengan kejayaan aw. . Gagal sekali bukan bermakna gagal selama lama nye. . 


# Di suatu hari nanti, anda pasti akan bersyukur untuk beberapa kegagalanyang telah anda alami. . Percayalah ketika 1 pintu tertutup untuk anda, sebenarnya pintu yang laen sentiasa terbuka. . Yakinlah, apa yang di tentukan oleh ALLAH, itulah yang terbaek untuk kita. .  #SMILE#

Jemput kew blogg saya yang lagi satu ea. . Click di  Sini ea. . :)

Wednesday, 20 February 2013

PuSiNg CeNtRaL MaRkEt. .

Assalamualaikummmm, , 
atukkk o atukkk. . (Gaya UpIn IpIn)

Sorry u all. . terikut ikut plak dah cerita upin ipin. . hehehe. . Alaaa kowg pun suke jugaq an dengan cite upin ipin an. . ? eceehhhh malu2 plak nak mengaku. . xpe mengaku jew. . lagi pun saya minat jugaq dengan upin ipin. . hehehe. . Kitaaa serupa. . huhuhu 

Hari sabtu lepaskan saya ade keluar dengan member. . pergi Central Market jew pun. . kowg tahu Central Market at ane an. . so x yah la saya letak map at cnie an. . hahahaha (gelak jahat kejap). . kalau kowg x taw, xpew. . kowg search jew at Pak Cik Google. . Gerenty kowg dapat. . huhuhu

Okay, balik ke tajuk asal. . time nak beli tiket dekat KTM Bangi, aaarrggggghhh tension gle. . Kawan saya yang 2 owg tue dah lepas dah beli tiket. . saya pulak stuck plak. . perrhhh memag malu cikit ar time 2. . Tapi still boleh cover lagilah malu tue. . Yang nie x yah la cite an. . biar saya jew yang tahu apa yang berlaku. . =)

Sampai Central Market, dalam pukul 12 lebihh. . Kami terus mencari kedai yang membuat t-shirt printing. . Bukan saya yang nak buat t-shirt tapi member nak buatkan untuk abang tersayang. . So, kami ber3 pun pusinglah mencari kedai name dye JANGGUT. . dah pusing setiap tempat at situ barulah jumpe kedai janggut tue. . 

Sampai jew dekat kedai tue, member pun sebuk lah bertanye macam2 at tuan punye kedai. . Dah tanye, tup tup, member x jadi beli. . dye ckap tak berbaloi. . Yalah, dye nak t-shirt expresss, siap dalam 1 jam. . memang mahal la an. . T-shirt biasa tapi full colour lah. . harga dye RM 50. . terus member x jadi beli. . Dye cakap dye nak beli bende laen. . hurmmm saya dan member sowg ag tue ikot jew la. . malas nak bising2 an. . hehehe

Lepas jew, blah dari kedai janggut tue kami ber3 terus gerak pergi makan. . sememangnya perut sedang berkeroncong. . mana tidak nya, masing2 gerak, tak makan pagi tue. . So, kami pun singgah la dekat food court untuk melantak. . hahaha (Terasa nikmat bile dapat isi perut yang sedang kelaparan)

Dah habis melantak, kami pusing satu Central Market tue cari barang yang sesuai member bagi dekat abang kesayangan dye tue. . Penat dah pusing at situ. . last2 kedai yang pertame jugaq kami pilih untuk beli hadiah dye. . huh buat penat badan jew pusing 1 central market tue. . hahahaha (nampak sangat berkire an. ) guraw jew lah. .

at kedai nie, member kami beli 2 mug, n 1 frame. . 1 mug name dye, 1 ag name ehemmm3 dye. . frame tue plak untuk abg tersayang. . mule2 tue xder ar rase nak beli tp bile tengok akaq tue wat design dye canteq, terus hati nie terpikat nak buat jugaq. . (sebuk jew aku nie. .) member kami yang sowg ag tue pun ade jugaq beli hadiah untuk si dye yang tersayang. . ok nie gambar2 yang kami beli. . jangan jeles k. . ! nak , pergi beli sendiri. . hahahaha. . . 

 Nie mug yang saya beli untuk diri sendiri. .  cantek an. . jangn jeles k. . :P

Nie plak yang sempat saya rembat tuk member saya . . (kenangan dari saya sempena sem akhir nie)

Hahh 2 nie jew yang saya beli. .

Nie pulak frame yang member saya belikan untuk abg dye. . canteq sangat2. .

hurmmm 2 jew yang saya nak share at kowg tuk arie nie. . kalo kowg rase jeles tengok bende2 at atas nie, kowg ley la beli at Central Market tue. . x mahal pun. . In Shaa Allah , kowg mesty puas hatinye lah. . okay, cau cin cau. . Saya gerak dulu lah ea. . Assalamualaikum semua. .  :)